Dairi Lara…

DAIRI LARA

12/05/2006

ah betul untuk bangun dari kekalahan yang ku lalui berkali- kali. Di kala usia ku mencecah ke usia 25 tahun,ah terlalu lewat untuk seorang gadis seperti ku untuk bermula.aku mula sedia ku telah pun meninggalkan alam remaja di kampus, dan sekarang ku mengorak langah bangun menaiki tangga melangkah kealam wanita dan kerjaya. Baru aku sedar, aku semakin meningkat usia bila tadi ada dua tiga orang teman menegur aku yang masih lagi membeli majalah kegemran ku "REMAJA". Katanya majalah tu tak sesuai dengan usia ku. Ah, apa yang mampu aku buat.. aku masih memerlukan "REMAJA", kerana aku rasa aku masih lagi remaja. Bertapa aku tak mahu mengaku bahawa ku telah meninggal kan itu semua. Dan sekarang aku masih tercari- cari majalah yang sesuai dengan usia ku..ah! payahnya hendak meninggalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan dan kelaziman kita.

Jika dulu hari- hari ku sibuk dengan jadual kuliah, dengan assignment dan dengan final projek tapi kini aku mula merangkak- rangkak mencari peluang kerjaya.Sedar tak sedar sudah setahun aku bergini..cepatnya masa berlalu, secepat usia ku melangkah meninggalkan semuanya..Kejaya yang aku impikan,masih mencari dan setiap kali ku baru nak bertatih dalam dunia kerja baru, disitulah ada masalah wujud. Bertapa Tuhan Maha Menguji hamba ?hambaNya seperti ku.Aku mula mencongak bilalah agak nya aku mampu bertatih sendiri, tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain terutamanya pertolongan dari abang tunggalku, ayah dan keluarga. Bilalah agaknya aku mampu berdiri di atas kaki sendiri. Berkali- kali ku cuba, tapi nyata aku seringkali tewas. Lemah kah aku! nyata,aku terpaksa akur..semuanya its hard to do..

Lagi seminggu, cuti sekolah bakal bermula, di atas meja ku penuh dengan kad- kad jemputan dari member- member office dan teman- teman sekampus dulu.Ah,rasa macam tak pecaya pula bila orang ?orang yang rapat dengan ku bakal meninggalkan aku, bakal melangkah kealam rumah tangga. Sedangkan aku?.. aku rasa aku terlalu muda untuk semua itu. Terlalu mentah untuk metasai pahit maung rumah tangga. Teringat pula aku pada sahabat baiku Anne, yang menamatkan zaman remajanya, kira-kira setahun lebih nan lalu. I?allah pada bulan September ni aku bakal menerima anak buah yang kedua. Nampaknya Anoi bakal dapat adik. Di usia sebaya denganku Anne ada sudah ada keluarga, dan bakal mempunyai dua orang anak. Tapi sayang, apa yang dia dapat dan perolehi tidak semanis dan secantik yang kita tengok dari luaran. Di awal- awal usia perkahwinan lagi, Anne ada masalah dalam rumahtangganya. Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, bukanlah jaminan untuk kehidupan bahagia yang berkekalan. Setiap hari aku menerima sms dari Anne,setiap hari sabtu selepas balik dari kerja, aku luangkan sedikit masa untuk mendengar luahan dan permasalah Anne, aku bawa Anne dan Anoi berjalan- jalan. Kami berkelah di tepi Tasik Shah Alam,sambil mlayani karenah anoi yang bebas bergerak, kekadang kami lepak di kfc ataupun md.onald. sampaikan ada dua tingg orang staff kat sana perasan kehadiran kami.bila aku mendukung Anoi, Anne dah tak larat mendukung anaknya (kerana perutnya yang semakin sarat) ada sahaja mata yang memerhati aku. Pelik mungkinnya pada mata yang memandang,terfikir anak aku ke anak siapa. Paling aku terkejut bila ada gadis- gadis remaja berani menegur aku, bertanyakan samaada Anoi yang ku dukung adiku atau anak ku.aku hanya mampu tersenyum pernuh makna memandang Anoi, tanpa menjawab persoalan yang bermain di fikiran mereka. Anne pula cepat meniakan Anoi anaknya. Ah, mudakah aku pada pandangan mereka., atapun aku terlalu berbeza dengan Anoi, yang persis anak kacukan, berambut perang berkulit putis bersih, sedangakan aku gelap gulita?Haahaa

Begitulah masa yang terluang aku habiskan, selain dari menghabiskan masa ku,merewang-merewang seluruh shopping komplek.betulah orang cakap, perempuan kalau pasal berjalan, tak pernah rasa penat, tapi bila balik kerumah baru sedar kaki sakit- sakit.. hee..heee

Anne pula selalu mengadu sikap suaminya yang pasang dua. Tanpa segan silu dan rasa bersalah dengan Anne, suaminya boleh bersms dan bergayut dengan gf nya di hadapan Anne. Sedangkan Anne hanya mampu melihat dengan hati yang bengkak dan sakit yang teramat sangat. Tak cukup dengan tu, suami dia sudah berani keluar masuk hotel.Hati isteri mana yang mampu memendam rasa. Hanya air mata yang mampu di gambarkan untuk meluahkan perasaan sedih, kecewa,sakit hati dan terkilan dengan sikap sang suami. Aku simpati dengan Anne. Rasanya masih terlalu muda dan masih terlalu awal untuk Anne merasai dan meharungi semua itu.sabarlah Anne, aku tahu kau terlalu banyak bersabar?.

Dalam diam dia mencari kesalahan dan kekurangan diri. Katanya pada ku dia cuba buat yang terbaik untuk suami dan keluarganya. Behenti kerja semaya- mata untuk memberi sepenuh tumpuan pada suami dan anak- anak. Meninggalkan dunia lamanya, meninggalkan kami. Tapi jauh di suduk hati ku aku tak terkilan dengan sikap anne, aku yakin dia lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya. Aku tak boleh menghalang apa jua tindakanya, kerana aku yakin dia lebih tahu apa yang terbaik, dan jalan terbaik untuk dia membina seseuatu yang bakal mgundang kebahagian padanya.

Hidup ni, kekadang semakin kita lalui, kita akan tahu bahawa hidup ini semakin hari semakin rumit. Bukan kehidupan agaknya jika kita tak di duga.. jika kita tidak beri halangan dan cubaan.. ndak tak ndak, mahu tak mahu.. semuanya akan kita lalui.. semuanya akan kita harungi?

Bookmark and Share

Leave a Reply